KEMESRAAN ALA RASUL
Kemesraan adalah cara mengekalkan keharmonian rumah tangga. Junjungan kita Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri beliau.
Beberapa hadis selanjutnya disampaikan selain daripada hadis Shahih Bukhari dan Muslim.
TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan Aisyah RA biasa
mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang
berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah
bangkit.
Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?”
Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”.
Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah &
dekatlah kembali padaku.”
Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama
beliau”.
(Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)
MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT
Dari Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu
'Alaihi wa Sallam apabila meminyaki badannya, baginda
akan memulai daripada auratnya menggunakan
nurah (sejenis serbuk pewangi) & isterinya baginda
meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
MANDI BERSAMA ISTERI
Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama
Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.
Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke
dalam bejana tesebut)."
(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
DISIKATKAN OLEH ISTERI
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya biasa menyikat
rambut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, ketika itu
saya sedang haid".
(Hadis Riwayat Ahmad)
MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADAN
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya meminyaki badan
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pada hari Raya
'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)
MINUM B BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA
Dari Aisyah RA, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan
yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan
tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan
mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil
cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian
Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan
mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu
Baginda pun menghirupnya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
MEMBELAI ISTERI
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah
setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua
(isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri &
membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda
singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu
Baginda bermalam di tempatnya.“
(Hadis Riwayat Ahmad)
MENCIUM ISTERI
Dari Aisyah RA, bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk,
kemudian Baginda bersembahyang dan beliau tidak
mengulangi wuduknya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah RA, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya
sekalipun sedang berpuasa."
(Hadis Riwayat Ahmad)
BERBARING DI PANGKUAN ISTERI
Dari Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam biasa meletakkan kepalanya di atas pangkuanku
walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-
Quran.“
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil
Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya
seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).
MENYEJUKKAN K KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA
Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung
Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy,
bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah
dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah
diriku dari fitnah yang menyesatkan."
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERI
Dari Aisyah RA, dia berkata, "Aku pernah tidur bersama
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam di atas satu tikar
ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas
tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena
titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu,
kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu
Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku
menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada
bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak
berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun
sembahyang di atas tikar itu."
(Hadis Riwayat Nasai)
MEMBERIKAN HADIAH
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, "Ketika
Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menikah dengan Ummu
Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku
pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun
aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal
dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.
Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan
memberikanya kepadamu."
Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja
Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah Shallallahu
'Alaihi wa Sallam & hadiah tersebut di kembalikan kepada
Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing
isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak
kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu
Salamah."
(Hadis Riwayat Ahmad)
SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA
Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke
tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan
keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda,
"Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa
syaitan....... apabila seseorang di antara kamu melihat
wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya
kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang
ada pada wanita itu.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar