Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Rabu, 27 Oktober 2010

Diet Untuk Kolesterol

PERUBAHAN TABIAT PEMAKANAN

Bagaimanakah boleh saya kurangkan paras kolesterol saya?

Kandungan kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan penyakit jantung – penyebab kematian yang utama di Amerika.
Walaupun terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk menurunkan paras kolesterol dan seterusnya memelihara diri anda dari gejala ini, separuh dari populasi Amerika masih mempunyai paras kolesterol yang terlalu tinggi (melebihi 200 mg/dl).

Anda boleh mengurangkan kandungan kolesterol di dalam darah anda dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat, mengurangkan berat badan jika perlu, dan melakukan senaman. Di kalangan anda juga ada yang perlu mengambil ubat kerana hanya dengan mengubah cara pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk memelihara diri mereka dari penyakit ini. Doktor dan jururawat anda akan membantu anda untuk merangka satu jadual bagi mengurangkan paras kolesterol anda – dan memelihara jantung anda agar sentiasa sihat!

Kebanyakan penyakit jantung disebabkan oleh pengumpulan kolesterol yang berlebihan, plak (plaque) dan lain-lain mendapan lemak di dalam pembuluh darah di jantung. Apabila pembuluh darah yang menyalurkan darah kepada jantung menjadi tersumbat sehingga darah tidak dapat mengalir, serangan jantung akan terjadi.


APAKAH YANG PERLU SAYA MAKAN?

Makanan yang rendah lemak, rendah kolesterol, termasuk:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Bijirin seperti nasi, gandum dan pasta
  • Daging tanpa lemak dan daging jenis burung seperti daging ayam tanpa kulit (pilih sehingga 6 auns sehari)
  • Susu rendah lemak atau bahan tenusu dari susu skim
  • Ikan tiada lemak dan kerang
  • Sayuran jenis kekacang dan kacang pea
  • Berbagai jenis kekacang dan bijian dalam jumlah yang terhad
  • Minyak masak tidak tepu seperti kanola, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kelapa sawit, dalam jumlah yang terhad.

APAKAH YANG PERLU SAYA HADKAN?

  • Susu penuh krim, krim dan ais-krim
  • Mentega, merah telur dan keju – dan makanan yang menggunakan bahan-bahan ini
  • Organ dalaman seperti hati, ginjal dan otak
  • Daging yang telah diproses seperti sausage, hot dog, salami, burger dan bologna
  • Makanan yang diperbuat dari merah telur dan lemak tepu
  • Minyak tepu seperti minyak kelapa
  • Daging berlemak
  • Daging itik dan angsa
  • Lemak tepu seperti marjerin, lemak babi
  • Makanan yang digoreng.

APAKAH PETUA MEMASAK UNTUK SAYA?

  • Toskan minyak yang berlebihan selepas anda mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak
  • Jangan menyapu makanan dengan lemak/minyak yang menitis; gunalah air buah-buahan, air perapan atau lain-lain bahan yang tidak berlemak/berminyak
  • Lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mengukus makanan daripada digoreng
  • Buang semua lemak yang kelihatan pada daging yang akan anda masak, dan buang semua kulit dari ayam/ayam turki
  • Hidangkan sebahagian yang kecil sahaja dari hidangan yang mengandungi lemak dan bahagian besar hidangan daripada yang tidak mengandungi lemak seperti mi, nasi, kekacang dan sayuran
  • Gunakan telur putih dan elakkan bahagian merah telur apabila perlu menggunakan telur untuk sesuatu resipi
  • Gunakan keju rendah lemak, mozzarella yang diperbuat dari susu separuh skim dan lain-lain keju tanpa lemak, selain dari keju biasa
  • Gunakan buku masakan yang mengandungi resipi rendah lemak.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT LEBIH BANYAK MAKLUMAT?

  • Berbincanglah dengan doktor, jururawat atau profesional kesihatan.
  • Jika anda mempunyai masaalah kolesterol tinggi, ahli keluarga anda juga mungkin mempunyai risiko yang tinggi.
  • Amat penting bagi mereka untuk membuat perubahan dari sekarang untuk mengurangkan risiko ini.
  • Anda mempunyai soalan atau komen untuk doktor anda?
  • Luangkan beberapa minit untuk menulis apa-apa persoalan yang ingin ditanyakan apabila anda berjumpa dengan doktor anda kelak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar